Iza Perfumeberry

Aug 27, 2015

7 tips cara-cara menggunakan perfume dengan betul


Morning,
Dah lama x menulis blog dan harini ada masa sedikit untuk share sedikit sebanyak tips2 untuk memilih dan menggunakan perfume dengan betul. Saya memang sukakan perfume branded sejak dari zaman sekolah lagi.Dulu pakai perfume yang murah sedikit macam body shop tapi bila dah start kerja mulalah spend sedikit duit untuk beli perfume. Bau perfume ni macam seni jugak.Bukan senang tau orang nak buat minyak wangi ni.Sebab tu jika pernah bau niche perfume mahal seperti CREED,  BOND no 9, Annick goutal ,Jo Malone dan sebagainya, bau nye sangat harum dan lain daripada yang lain.

best x if dapat kumpul koleksi miniature perfume macam ni


Beli perfume mahal ,kadangkala ada yang tak kena citarasa kita. Jadi kena test dahulu kalau boleh sebab perfume ni ada base note, top note dan middle note.Perfume lama-lama dia akan bertukar bau bergantung pada notes perfume . Ramai orang keliru dan tak tahu apa itu EDP & EDT. EDP ialah Eau De Parfume manakal EDT adalah Eau De Toillete. EDP merupakan perfume yang mengandungi 8-15% cairan original perfume dan baunya boleh bertahan sehingga 5-8 jam. EDT pula adalah lebih ringan dan mengandungi sekita 4-8% cairan original perfume tersebut. Daya tahan lama bau pulak adalah 2-5 jam. 
7 tips cara-cara menggunakan perfume dengan betul
  1. Apabila kita try perfume, adalah digalakkan untuk cuba mencium tidak melebih 3 bau dalam satu-satu masa. Selepas cium 3 bau tu, kita mintak bau kopi pada penjual supaya neutralise semula sense bau kita. Jika kita tak buat gitu, otak kita tak dapat menilai bau yang sebenar dari perfume tu.
  2. Perfume bertindak balas lebih kurang 15 minit dengan bau dan badan kita. Jadi adalah digalakkan untuk memilih perfume yang bersesuaian dengan bau dan badan kita kerana ada perfume yang jika bercampur dengan bau badan akan menyebabkan ketidak selesaan bau. 
  3. Digalakkan untuk menyembur perfume di bahagian nadi kita seperti di pergelangan tangan, dan di bahagian leher. Ini adalah supaya bau perfume itu mudah menyerap dan bergaul dengan bau badan kita. 
  4. Jangan spray perfume pada tempat-tempat sensitif seperti bawah lengan, mata dan lain-lain. Perfume sifatnya adalah kuat jadi dikhuatiri anda akan terkena skin rash pulak! 
  5. Dilarang sembur perfume pada fabrik pakaian terutama sutera kerana ini akan merosakkan fabrik dan menghakis warna fabrik. 
  6. Dilarang sama sekali selepas kita spray perfume untuk menggosoknya. Ini akan memecahkan partikel dalam perfume dan boleh menyebabkan baunya berubah. Selepas dispray, biarkan ia selama 10-15 minit dan baunya akan tahan lebih lama! 
  7. Adalah dilarang sama sekali untuk letakkan perfume di bawah cahaya matahari atau tempat berhaba tinggi. Sama jugak di dalam kereta yang panas. Sebab ini akan mengubah bau dan partikel perfume serta mengurangkan kuantiti perfume akibat evaporation.

Hope tips2 ni dapat membantu .SHARE jika ia membantu .Apa perfume kegemaran anda ?

Nak cari Perfume Original dari US boleh klik di sini >> www.perfumeberry.com.my 


TQ kerana sudi membaca.Have a nice day!

Iza @perfumeberry

No comments: