Iza Perfumeberry

Follow Instagram -@perfumeberrymalaysia

Latest Articles

Feb 7, 2017





Setiap wanita tentunya menyukai aroma perfume bunga rose yang feminin.  Aroma rose memang lembut, elegan, serta klasik. Aromanya yang lembut juga melambangkan pemakainya seorang yang romantik. 

Berikut 7 perfume bunga rose dengan keharuman modern yang akan disukai banyak wanita.


1) Bvlgari Rose Goldea
Perfume ini bau dilancarkan pada tahun 2016 .Bvlgari Rose Goldea menggunakan mawar Damascena yang merupakan antara bunga rose yang paling ekslusif dan harum. 
Kombinasi bunga rose dengan jasmine egypt, patchoulli dan sandalwood telah menghasilkan bau floral woody yang sangat sedap. Bau rose yang mewah menjadikan perfume ini menjadi rebutan untuk penggemar perfume rose


2) Dolce & Gabbana Rose Excelsa 
Dolce Rosa Excelsa wangiannya seperti kelopak mawar yang sedang mekar .Perfume ini menggabungkan 2 jenis rose iaitu rose turki dan african dog rose. Selain itu wanigan ini mempunya note  papaya blossom dan daun neroli yang segar, bergabung bersama water lily serta white daffodil.Base notes adalah aroma sandalwood, musk, dan cashmere. Sesuai dipakai harian untuk shopping dan outing bersama teman tersayang.

3) Paul Smith Rose

Jika sukakan bau perfume rose yang wangi dan fresh,  you takkan tersalah untuk memilih perfume Paul Smith Rose Pure tetapi Edgy aroma feminin ini pasti berlegar sepanjang hari. Kami suka top note nya iaitu minyak rose turki, green tea,violet dan magnolia dan kemudiannya ia menjadi lembut menjadi musky dan woody.Antara perfume rose yang baunya agak seksi.

4) Coach The Fragrance
Coach the fragrance telah diperkenalkan pada september 2016. Turki Rose sebagai note utama digabungkan dengan notes raspberry, pir, pink pepper , musk dan sandalwood menjadikan haruman segar serta romantik. Sesuai untuk orang bekerjaya yang pentingkan keterampilan yang menawan serta dipakai harian atau menghadiri mesyuarat.

5) Lancome Tresor Midnight Rose
Tresor Midnight Rose antara perfume rose yang berbau seksi. 
Top notes nya adalah rose dan raspberry . Kemudiannya harumannya bertukar menjadi bau creamy vanilla dan sedikit bau jasmine dan last note nya adalah woody and cedar.

6) Chloe Roses de Chloe
Chloe Rose mempunyai aroma rose lembut dan feminin.Perfume ini sesuai dipakai setiap hari. Dibuka dengan aroma laici, bergamot dan  lemon pada fasa pertama. Kemudian perlahan aromanya bertukar  kepada bau Damask rose dan magnolia, epal dan blackcurrant pada fasa pertengahan yang kemudian disusul aroma amber  dan musky lembut pada fasa terakhir.

7) Dolce & Gabbana Rose The One

Perfume D&G Rose the one boleh menyebabkan orang jatuh cinta buat kali pertama bila menyembur harumannya. Baunya feminin, segar dan elegan .Bau sweet rose yang creamy amat sesuai untuk semua peringkat umur.Antara perfume rose yang sangat lasting.


Mana satu pilihan you all?
#Share jika you all suka gila kumpul perfume.


Stock perfume available di website --> www.perfumeberry.com.my

Continue reading

Jan 25, 2017




2-3 tahun kebelakangan ini, trend brand-brand perfume yang mengeluarkan perfume jenis Gourmand. Perfume GOURMAND ini mempunyai notes seperti madu, coklat,vanilla dan candy.
Bila bau memang sedap macam nak makan
.

Ni 5  top perfume yang best :


1) BON BON BY FLOWERBOMB

Bau caramel candy.
Warm, cozy dan manis
Sesuai untuk wanita moden yang bekerjaya.
Memang sedap.

Top notes:  karamel, mandarin, oren & peach
Middle notes: bunga limau & melati
Base note :: kayu aras, kayu guaiac, cendana & ambar






2)BURBERRY BRIT EDP

Jenis perfume yang fresh kombinasi Almond , vanilla dan sedikit limau citrus.
Perfume yang agak old school sejak 2003 tetapi masih lagi ramai peminat sehingga sekarang.
Manisnya sedap dan tidak keterlaluan.
Sangat feminin, ayu dan selesa.

Top notes:  limau ,almond, pear
Middle notes: peony, sugar
Base note ::vanilla, tonka bean, amber, mahogany









3) PRADA CANDY
Bau manis karamel tetapi tidak terlalu menyengat
Lebih musky dan powdery.
Perfume ini bermula dengan bau karamel yang lembut, dan seterusnya aroma  vanilla dan musk yang menggoda dan akhir dengan bau citrus
Ia tidak terlalu berat untuk dipakai setiap hari.






4) YSL BLACK OPIUM
Perfume berbau sexy ini mempunya aroma kopi dan vanilla.
Wangian elegan, sesuai untuk dipakai pada waktu malam.
Bau mewah dan addicted.

Top notes:  pink pepper, orang blossom, pear
Middle notes: jasmine, kopi
Base note :vanilla, patchouli , cedar









5) JIMMY CHOO EDP
Toffee, patchouli dan pear yang diblend sehingga menjadi wangian yang sangat sedap.
Great sillage dan sangat lasting.
Sesuai dipakai harian ke pejabat/ sekolah kerana baunya tidak terlalu kuat.

Top notes:  orange, pear, green notes
Middle notes: orkid
Base note :toffee, patchouli




Semua stock perfume available di website --> www.perfumeberry.com.my


#SHARE jika you all gila perfume







Continue reading

Jan 16, 2017



Bila kita wangi, mood kita akan tenang dan happy.
Cuba lepas balik kerja naik LRT;  bila kita bau busuk, mood terus bertukar menjadi singa.

Jadi nak perfume dapat bertahan lama, cuba la sembur pada titik nadi ini ;


1) Nadi pergelangan tangan
ni adalah tempat fav semua orang.
dah sembur jangan pula digosok.
haruman dapat kekal lama di sini

2) Belakang telinga
Sama juga seperti pergelangan tangan, belakang telinga  juga ada nadi kita. 

3) Rambut
caranya,cuma sembur di udara dan jalan kearah perfume
yang kita sembur tadi.jangan sembur terus ke rambut.


4) Belahan dada
Sembur perfume di bahagian belahan dada anda.
Baunya melekat sehingga ke malam.

5) Belakang lutut
bahagian ini mengekalkan kehangantan badan.
hasilnya memang best.cuba try!

6 ) Dalam siku 
Bahagian dalam siku juga boleh mengeluarkan aroma yang menaikkan bau minyak wangi yang disembur untuk kekal lebih lama


Kalau nak tahu sejauh mana keberkesanan trick ni.. Korang kena lah cuba sendiri!
Jangan sembur direct ketiak sudah....



Continue reading

Dec 5, 2016



Perfume OUD semakin "in" sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.
Sebelum ini , perfume OUD yang berbau agak kuat ini digemari oleh orang-orang arab sahaja.
Tetapi sekarang ramai lelaki yang sukakan perfume yang berasaskan OUD kerana baunya yang sangat maskulin, sedap dan sangat lasting.

OUD  ini adalah berasal dari kayu gaharu.
Kayu gaharu dikenali sebagai agar wood, aloes wood dan eagle wood.


Ni antara top perfume OUD yang sedap yang terdapat di perfumeberry : 


1)  Ermenegildo Zegna Indonesian Oud Edt


2) Aigner N°1 Oud by Etienne Aigner 





3)  Ferrari Essence Oud Edp


4) Versace Pour Homme Oud Noir Edp


5) John Varvatos Oud 



6) Ralph Lauren Polo Supreme Oud


Nak beralih arah pada perfume OUD yang lebih sedap ?
Boleh click pada button di bawah ini






Continue reading

Nov 20, 2016






Kalau you all perasan, sekarang ni banyak perfume purse 20ml banyak di jual di Instagram, Facebook dan di online market.
Ada yang jual semurah RM10 hingga ke RM50 .
Agak-agak ni perfume fake ke original ye.
Sekilas pandang, dah boleh detect perfume ni CONFIRM tak original.
Ni inspired perfume.
Bau perfume tak sama lansung .
Ada je orang tak kisah nak beli perfume ni tapi
 kami sangat kisah bila ramai orang mengadu seller claim perfume ni original.
Pening kepala kami kena jawabkan pula.
You all bayangkan semua brand ada.
Chanel pun ada juga.hahah
Kalau ikut logik setiap company perfume tak akan keluarkan packaging yang sama. 
Betul tak?

Note: Yang pernah beli perfume ni ,you all boleh share  tak bagaimana bau perfume ni.?
Suka ke idok?



Continue reading

Oct 26, 2016




Ramai yang bertanya , apa PERBEZAAN PERFUME TESTER dengan PERFUME RETAIL yang dijual dekat shopping mall tu?

Perfume tester sebenarnya digunakan sebagai "marketing tool " untuk pengguna test/sembur perfume di kaunter-kaunter perfume dekat shopping mall. Tester perfume sama sahaja dengan perfume retail yang dijual tapi concentration perfumenya lebih tinggi bertujuan untuk menarik perhatian pembeli untuk kembali membeli perfume yang sudah di test itu.


Tester ni tak dijual di shopping mall tetapi boleh dapatkannya daripada luar negara melalui online market - amazon, ebay, perfume distibutor dan lain-lain lagi.
Ia dikeluarkan oleh setiap brand perfume utk memudahkan customer mencuba bau sesuatu haruman tu.
Sebab tu semua jenis perfume pasti ada TESTER unit nya.


Perfume tester selalu dipacking dalam kotak tester yang bewarna putih atau coklat.Mungkin ada label tester, demonstration  pada kotak atau botol perfume.Kotak nya tak fancy .Kalau pakai sendiri pun selalu kotak perfume kita tak simpan pun.

Ramai yang suka beli perfume kerana 2 sebab ni jer.
Perfume lebih murah dan lebih tahan lama.
Kalau nak pakai sendiri boleh jer beli perfume tester .
Kalau nak bagi hadiah, then kena la cari perfume dengan packaging nya yang cantik tu.

Disebabkan permintaan yang tinggi untuk perfume tester ni, ada pihak yang tak bertanggungjawab yang menjual perfume tester yang fake punya. Perfume OEM dari china. Boleh bezakan dari segi bau, bottle perfume nya sendiri dan harga yang ditawarkan. Kena pandai tengok background seller dan testimonial daripada customer sebelum decide untuk membeli perfume tersebut ye.





Ciri-ciri perfume TESTER seperti berikut:
1) BerKOTAK warna COKLAT atau PUTIH tetapi masih memaparkan nama perfume tersebut
2) Pada kotak akan tertulis "TESTER" atau "DEMONSTRATION".
3) Pada botol juga akan tercetak "TESTER" atau "DEMONSTRATION".
4) Isipadu unit TESTER adalah sama dengan stok biasa. TIADA kekurangan isipadu. Maka ia dijual sebagai "TESTER BARU"
5) Ada unit TESTER jenama tertentu mempunyai PENUTUP / CAP (seperti Jennifer Lopez).
6) Ada juga unit TESTER jenama tertentu yang TIDAK BERPENUTUP / NO CAP (seperti Salvatore Ferragamo)
7) Haruman unit TESTER sama seperti stok biasa. TIADA PERBEZAAN pada harumannya.
8) Haruman unit TESTER yang TIDAK BERPENUTUP / NO CAP juga sama seperti stok biasa. TIADA PERBEZAAN pada harumannya. 

Nak cari perfume tester yang original?
Boleh browse website perfumeberry dekat sini ---> http://www.perfumeberry.com.my/perfumetester


#LIKE DAN #SHARE jika bermanfaat
Continue reading