Iza Perfumeberry

Follow Instagram -@perfumeberrymalaysia

Apr 20, 2017

Beza antara Parfum, EDP, EDT, cologne





Setiap jenis perfume mempunyai kepekatan yang berbeza.
Lagi pekat jenis perfume tu, ia lebih lasting dan lebih mahal harganya.
Setiap perfume mempunya label : Parfum , EDP, EDT, dan EDC


• Eau de Cologne (EDC)
  •  Ini merupakan jenis  wangian paling ringan. 
  • Ini kerana kadar kepekatan  sekitar 5% campuran essence. 
  • Wangiannya cepat meruap .
  • Namun, walaupun perfumenya ringan, cologne tetap banyak dipilih kerana terkenal memiliki aroma yang dapat menyegarkan tubuh hingga 2-3 jam. 
  • Ia digunakan sehabis mandi seperti body spray dan body splash.

• Eau de Toilette (EDT)
  • Wangian ini satu tingkat  di atas cologne.
  • Kadar essence 5-15% sahaja. 
  • Jika ingin mencari kesegaran yang boleh bertahan lebih lama, jenis wangian ini merupakan pilihan yang paling ideal, kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam serta bertahan sehingga 3-4 jam, sesuai untuk apa sahaja acara

• Eau de Perfume (EDP)
  • Wangiannya cukup tahan lama hingga 4-6 jam.
  • Kadar essencenya  5 - 22 %.
  • Oleh sebab itu, aroma wanginya cukup kuat dan tahan lama.
  • Ia lebih sesuai digunakan di malam hari, terutama untuk menghadiri acara formal.


Parfum (Pure Perfume
  • Kadar Ketumpatan  essensenya  mencapai 20%-30%, dan asli tanpa campuran alkohol. 
  • PARFUM adalah pati minyak wangi yang paling kuat dan paling mahal. 
  • Tahan lebih lama sehingga 6-8 jam bergantung kepada jenis kulit.  
  • Jika anda mengenakan wangian ini, bukan sahaja tubuh akan berbau harum malah boleh dihidu dari jarak yang cukup jauh dan tahan lama.
  • Jangan menyemburkan semburan parfum ke baju kerana teksturnya yang berminyak dapat meninggalkan kesan. Cukup dengan menyemburkan sedikit di nadi tangan dan belakang telinga.

Jadi pilih la perfume mengikut kesesuaian masing-masing.
Ada orang suka perfume yang fresh dan ringan , boleh la pilih jenis EDT atau cologne.
Kalau cari perfume yang bertahan berhari-hari boleh la pilih perfume jenis Parfum.
Hope ia dapat membantu anda membezakan jenis-jenis perfume sebelum membuat pembelian.




No comments: