Anda risau badan anda berbau peluh?
Ikut cara penyelesaian di bawah untuk naikkan konfiden anda dengan minyak wangi kegemaran anda.
Minyak wangi adalah cecair yang tidak akan bercampur dengan peluh anda.
Jadi jika anda berpeluh, anda tidak digalakkan untuk menutup bau peluh anda dengan menyembur minyak wangi ke badan anda.
Ada beberapa penyelesaian di bawah dari pakar minyak wangi, Director Lolita Lempicka akan membantu anda yang banyak berpeluh terutama yang mempunyai bau peluh yang kuat. 1) GUNAKAN DEODORANT SEBELUM GUNA MINYAK WANGI Minyak wangi perlu digunakan semasa badan anda bersih.
Jadi jika badan anda keluarkan banyak peluh atau mempunyai bau badan yang tidak menyenangkan, adalah yang terbaik jika anda gunakan deodorant sejurus selepas anda mandi. Kemudian anda bolehlah sembur perfume anda. Anda boleh sembur pada pergelangan tangan dan belakang telinga anda. Anda perlu elak untuk sembur mintak wangi pada dada atau leher anda di mana ia dekat dengan ketiak anda.
2) JANGAN SEMBUR MINYAK WANGI PADA PAKAIAN Ramai orang silap sangka dengan memikirkan apabila menyembur minyak wangi pada pakaian, bau peluh akan hilang akan tetapi apabila badan berpeluh, peluh akan meresap pada pakaian dan ia akan membuatkan bau peluh lebih lama.
3) GUNAKAN MINYAK WANGI CONCENTRATE BOTOL BERKEPALA ROLLER Semasa hari yang panas atau berada di tempat yang panas yang buat kita berpeluh, anda perlu gunakan minyak wangi jenis concentrate dengan botol berkepala bebola. Ini adalah minyak wangi jenis concentrate. Bila gunakan cuma roll kan sahaja pada tempat yang telah disebutkan di atas.
4) RAJIN MANDI DAN TUKAR BAJU
Bila badan dah berpeluh, rajin-rajinla mandi dan tukar baju baru.Janganla pakai baju yang sama dari pagi sampai ke malam. Bau peluh tadi mungkin dah bertukar menjadi bau tengik.Pakai minyak wangi sebotol pun tak kan dapat hilangkan bau badan yang dah busuk.Jadi kena jaga kebersihan diri ye.
5) CUKUR/TRIM BULU KETIAK
Semestinya kena rajin trim bulu ketiak yang boleh memerangkap bau peluh dan bakteria.Rajin-rajinla tonyoh ketiak anda dengan limau purut semasa mandi untuk kurangkan bau secara semulajadi.
.
SHARE dan LIKE jika bermanfaat.!
No comments:
Post a Comment