Iza Perfumeberry

Oct 26, 2016

Perfume tester tu perfume original ke?




Ramai yang bertanya , apa PERBEZAAN PERFUME TESTER dengan PERFUME RETAIL yang dijual dekat shopping mall tu?

Perfume tester sebenarnya digunakan sebagai "marketing tool " untuk pengguna test/sembur perfume di kaunter-kaunter perfume dekat shopping mall. Tester perfume sama sahaja dengan perfume retail yang dijual tapi concentration perfumenya lebih tinggi bertujuan untuk menarik perhatian pembeli untuk kembali membeli perfume yang sudah di test itu.




Tester ni tak dijual di shopping mall tetapi boleh dapatkannya daripada luar negara melalui online market - amazon, ebay, perfume distibutor dan lain-lain lagi.
Ia dikeluarkan oleh setiap brand perfume utk memudahkan customer mencuba bau sesuatu haruman tu.
Sebab tu semua jenis perfume pasti ada TESTER unit nya.


Perfume tester selalu dipacking dalam kotak tester yang bewarna putih atau coklat.Mungkin ada label tester, demonstration  pada kotak atau botol perfume.Kotak nya tak fancy .Kalau pakai sendiri pun selalu kotak perfume kita tak simpan pun.

Ramai yang suka beli perfume kerana 2 sebab ni jer.
Perfume lebih murah dan lebih tahan lama.
Kalau nak pakai sendiri boleh jer beli perfume tester .
Kalau nak bagi hadiah, then kena la cari perfume dengan packaging nya yang cantik tu.

Disebabkan permintaan yang tinggi untuk perfume tester ni, ada pihak yang tak bertanggungjawab yang menjual perfume tester yang fake punya. Perfume OEM dari china. Boleh bezakan dari segi bau, bottle perfume nya sendiri dan harga yang ditawarkan. Kena pandai tengok background seller dan testimonial daripada customer sebelum decide untuk membeli perfume tersebut ye.





Ciri-ciri perfume TESTER seperti berikut:
1) BerKOTAK warna COKLAT atau PUTIH tetapi masih memaparkan nama perfume tersebut
2) Pada kotak akan tertulis "TESTER" atau "DEMONSTRATION".
3) Pada botol juga akan tercetak "TESTER" atau "DEMONSTRATION".
4) Isipadu unit TESTER adalah sama dengan stok biasa. TIADA kekurangan isipadu. Maka ia dijual sebagai "TESTER BARU"
5) Ada unit TESTER jenama tertentu mempunyai PENUTUP / CAP (seperti Jennifer Lopez).
6) Ada juga unit TESTER jenama tertentu yang TIDAK BERPENUTUP / NO CAP (seperti Salvatore Ferragamo)
7) Haruman unit TESTER sama seperti stok biasa. TIADA PERBEZAAN pada harumannya.
8) Haruman unit TESTER yang TIDAK BERPENUTUP / NO CAP juga sama seperti stok biasa. TIADA PERBEZAAN pada harumannya. 

Nak cari perfume tester yang original?
Boleh browse website perfumeberry dekat sini ---&gthttp://www.perfumeberry.com.my/perfumetester


#LIKE DAN #SHARE jika bermanfaat

No comments: