Iza Perfumeberry
Showing posts with label perfumetips. Show all posts
Showing posts with label perfumetips. Show all posts

Mar 22, 2017



Anda risau badan anda berbau peluh?
Ikut cara penyelesaian di bawah untuk naikkan konfiden anda dengan minyak wangi kegemaran anda.
Minyak wangi adalah cecair yang tidak akan bercampur dengan peluh anda.
Jadi jika anda berpeluh, anda tidak digalakkan untuk menutup bau peluh anda dengan menyembur minyak wangi ke badan anda.

Ada beberapa penyelesaian di bawah dari pakar minyak wangi, Director Lolita Lempicka akan membantu anda yang banyak berpeluh terutama yang mempunyai bau peluh yang kuat. 1) GUNAKAN DEODORANT SEBELUM GUNA MINYAK WANGI Minyak wangi perlu digunakan semasa badan anda bersih.
Jadi jika badan anda keluarkan banyak peluh atau mempunyai bau badan yang tidak menyenangkan, adalah yang terbaik jika anda gunakan deodorant sejurus selepas anda mandi. Kemudian anda bolehlah sembur perfume anda. Anda boleh sembur pada pergelangan tangan dan belakang telinga anda. Anda perlu elak untuk sembur mintak wangi pada dada atau leher anda di mana ia dekat dengan ketiak anda.


2) JANGAN SEMBUR MINYAK WANGI PADA PAKAIAN Ramai orang silap sangka dengan memikirkan apabila menyembur minyak wangi pada pakaian, bau peluh akan hilang akan tetapi apabila badan berpeluh, peluh akan meresap pada pakaian dan ia akan membuatkan bau peluh lebih lama.

3) GUNAKAN MINYAK WANGI CONCENTRATE BOTOL BERKEPALA ROLLER Semasa hari yang panas atau berada di tempat yang panas yang buat kita berpeluh, anda perlu gunakan minyak wangi jenis concentrate dengan botol berkepala bebola. Ini adalah minyak wangi jenis concentrate. Bila gunakan cuma roll kan sahaja pada tempat yang telah disebutkan di atas.


4) RAJIN MANDI DAN TUKAR BAJU
Bila badan dah berpeluh, rajin-rajinla mandi dan tukar baju baru.Janganla pakai baju yang sama dari pagi sampai ke malam. Bau peluh tadi mungkin dah bertukar menjadi bau tengik.Pakai minyak wangi sebotol pun tak kan dapat hilangkan bau badan yang dah busuk.Jadi kena jaga kebersihan diri ye.


5) CUKUR/TRIM BULU KETIAK
Semestinya kena rajin trim bulu ketiak yang boleh memerangkap bau peluh dan bakteria.Rajin-rajinla tonyoh ketiak anda dengan limau purut semasa mandi untuk kurangkan bau secara semulajadi.
.

SHARE dan LIKE jika bermanfaat.!

Continue reading

Sep 20, 2016

Perfume boleh expired walaupun pada botol perfume tidak tercatat tarikh tamat tempohnya. Ia bergantung kepada bagaimana kita menyimpannya.Mungkin setahun atau ada yang boleh menyimpan beberapa tahun sehinga 3-5 tahun. Bila perfume dah bertukar color dan baunya dah tak sedap, sudah tiba masanya perfume itu untuk dicampak ke dalam tong sampah.



Untuk memanjangkan jangka hayat minyak wangi , ia perlu disimpan di tempat yang sejuk gelap jauh dari cahaya matahari , haba dan kelembapan.

Perfume yang  heavy notes contoh seperti kayu oud, vetiver  boleh bertahan lama sehingga 5 tahun jika disimpan dengan cara yang betul.
Citrus , fresh dan aroma bunga tidak bertahan lama kerana ia lebih ringan dan cenderung untuk meruap lebih cepat.

Musuh minyak wangi adalah UDARA. Ia menyebabkan molekul  perfume tercemar dan teroksida. Pastikan cap pada perfume diTUTUP rapat selepas digunakan

Sinaran matahari boleh memecahkan molekul perfume.Tempat terbaik untuk menyimpan minyak wangi adalah jauh daripada cahaya tempat yang sejuk kering. Contoh seperti  laci pakaian dalam, kabinet , atau peti sejuk untuk memelihara bahan-bahan  kandungan minyak perfume

Caroline Danjuma menyimpan koleksi perfumenya di dalam peti sejuk..hahah

Kalau nak check manufacture date perfume boleh tgk kat sini  http://www.checkfresh.com/
Boleh masukkan number batch code yang ada pada perfume atau kotak perfume.
Kalau tak boleh trace tu , nampaknya you all dah terbeli perfume fake perfume la ye...




Cuba check perfume yang anda dah beli sekarang.
boleh trace tak batch code nya.
.
#LIKE dan #SHARE JIKA BERMANFAAT ye.
Nak beli perfume original ?
click sini -- > http://www.perfumeberry.com.my/

Continue reading

Aug 23, 2016




Ramai yang keliru sini antara EDP dan EDT.
Kebiasaanya minyak wangi lelaki adalah EDT (Eau de toilette) 
dan bukan EDP (eau de parfum).

Kerana kebanyakan minyak wangi lelaki tidak dibuat dari exrak bunga-bungaan berbanding dengan minyak wangi wanita.

EDP sendiri membawa atau mengambil dari istilah 'parfum' bermaksud bunga.



Disebabkan EDP adalah dari ektrak bunga-bungaan maka tak hairanlah baunya adalah lebih tahan lama dari EDT.

EDT pula lebih kepada campuran atau extrak  daripada wangian selain dari bunga, 
seperti citrus, pudina, cengkih dan sebagainya supaya menaikkan aroma maskulin.



Namun begitu sejak 2 tahun kebelakangan ni, sudah banyak brand-brand perfume sudah keluarkan perfume EDP for men. Antaranya
- Bvlgari Men in Black
- Giorgio Armani acqua essenza
- Gucci Intense Oud
- Versace Pour Homme Oud noir
- Dior homme intense edp
- D&G the one edp
- Ralph polo supreme oud leather
- Hugo boss the scent

dan banyak lagi. Disebabkan perfumenya lebih strong dan lasting , harga untuk perfume edp lebih mahal daripada EDT. 
.
Berminat nak dapatkan perfume yang best untuk lelaki?
Click di sini --> http://www.perfumeberry.com.my/perfume-for-men
Continue reading