Iza Perfumeberry

Sep 20, 2016

Perfume ada expired date tak?

Perfume boleh expired walaupun pada botol perfume tidak tercatat tarikh tamat tempohnya. Ia bergantung kepada bagaimana kita menyimpannya.Mungkin setahun atau ada yang boleh menyimpan beberapa tahun sehinga 3-5 tahun. Bila perfume dah bertukar color dan baunya dah tak sedap, sudah tiba masanya perfume itu untuk dicampak ke dalam tong sampah.



Untuk memanjangkan jangka hayat minyak wangi , ia perlu disimpan di tempat yang sejuk gelap jauh dari cahaya matahari , haba dan kelembapan.

Perfume yang  heavy notes contoh seperti kayu oud, vetiver  boleh bertahan lama sehingga 5 tahun jika disimpan dengan cara yang betul.
Citrus , fresh dan aroma bunga tidak bertahan lama kerana ia lebih ringan dan cenderung untuk meruap lebih cepat.

Musuh minyak wangi adalah UDARA. Ia menyebabkan molekul  perfume tercemar dan teroksida. Pastikan cap pada perfume diTUTUP rapat selepas digunakan

Sinaran matahari boleh memecahkan molekul perfume.Tempat terbaik untuk menyimpan minyak wangi adalah jauh daripada cahaya tempat yang sejuk kering. Contoh seperti  laci pakaian dalam, kabinet , atau peti sejuk untuk memelihara bahan-bahan  kandungan minyak perfume

Caroline Danjuma menyimpan koleksi perfumenya di dalam peti sejuk..hahah

Kalau nak check manufacture date perfume boleh tgk kat sini  http://www.checkfresh.com/
Boleh masukkan number batch code yang ada pada perfume atau kotak perfume.
Kalau tak boleh trace tu , nampaknya you all dah terbeli perfume fake perfume la ye...




Cuba check perfume yang anda dah beli sekarang.
boleh trace tak batch code nya.
.
#LIKE dan #SHARE JIKA BERMANFAAT ye.
Nak beli perfume original ?
click sini -- > http://www.perfumeberry.com.my/

No comments: