Iza Perfumeberry

Feb 9, 2016

Tips untuk mengenalpasti perfume original dan perfume fake (imitation,sephora,reject ,grade AAA)

Sekarang terlalu ramai orang menjual perfume secara online.
Bagusla sebab ia  menunjukkan demand yang orang membeli perfume online adalah tinggi.
Tetapi yang tak bestnya apabila seller perfume menjual perfume yang tak original, perfume grade AA dan perfume reject ( unbox) claimed yang perfume nya original.
Ramai yang tertipu dan saya salah seorang peniaga perfume pun terasa kesannya.
Tak baik tau jual x original but claimed ori.;perfume sephora la , from dubai la but sebenarnya from GM klang.
Bagitahu jer perkara yang sebenarnya sebab mungkin ada juga customer yang x kisah original ke tak.Maybe yang nak saved budget ke...

So saya rasa terpanggil untuk share

Tips-tips untuk mengesan perfume yang original atau perfume tipu ( fake)



1) Harga
Jika harga jauh terlalu murah daripada harga pasaran, sah-sah la perfume tu tak original yer.Ni perkara paling senang nak tahu.Ikut logik fikiran, mana ada perfume original jual RM60 shj untuk 100ml.Perfume2 brand mahal tak kan tak nak untung.Jika harga RM60, agak-agak kosnya berapa.Perfume murah ni mostly ambil daripada china .China kan suka tiru barang2 branded.
Other tips- perfume chanel , dior ( brand mahal) x kan jumpa harga 100ml bawah RM150 yer..Beli kat oversea pun still mahal lagi.

2) Kualiti packaging
Tengok pada tulisan di kotak dan botol perfume nya.
If x original nampak murah
Jom kita buat analisa perfume di gambar ni:


Mana satu yang original?


For your info, brand christian dior dah rebrand nama Miss Dior sahaja untuk range ni. Di pasaran ada miss dior edt, le parfum, dior blooming ,miss dior leau, miss dior eau fraiche. Kalau seller jual miss dior yang ada words "cherie" ni yang fake punya ye.







Mana satu original dan fake?
Tgk pada tulisannya, color perfume, bentuk penutupnya..
Sama tapi x serupa kan..
Yang original lebih kemas bentuk, tulisan kemas dan color nya pink..( kiri)
Kadangkala yang fake perfume ni tersalah ejaan pun ada..
Tulisan pada perfume original tidak pudar dan hilang walaupun sudah lama dipakai




3) Bau perfume
Perfume fake sudah pastinya bau x lasting dan baunya sama sahaja
Bau perfume original mempunya 3 peringkat iaitu top notes, middle notes dan base notes
Sebab tu bila kita pakai perfume original , ada baunya lebih lama lebih sedap.
Jika fake perfume bau perfume sama sahaja..bau alkohol kuat..memang boleh pening kepala
Jika perfume murah, maka bahan2 kandungannya pun yang murah dan boleh menyebabkan alahan pada kulit yang sensitif

4) Perfume fake semua yang dijual 100ml sahaja walaupun sesetengan perfume di market macam armani code men paling besar 75ml shj (original) .Memang x da 100ml..so sah2 la perfume tipu

5) Goncang perfume dan tengok buihnya
Jika perfume x original, buihnya cepat hilang dan keluar buih yg besar kerana ia bercampur dengan air
Perfume original ada buih2 kecil bila digoncang


If you all dah terbeli perfume dan x dapat pastikan juga original ke tiruan, bawa je perfume tu dan compare sendiri dekat shopping mall (kaunter perfume ).Perfume mestilah sama dari segi packagingnya dan botol perfume.Anyway itu pilihan masing-masing.ada yang x kisah beli perfume imitation but as seller, if perfume tu reject or fake punya inform la dengan sejujurnya yer.

If you all ada  TIPS2 lain boleh la comment di bawah ini untuk dikongsi bersama yer Boleh SHARE atau tag kenalan anda yang gila perfume.

Nak cari Original Perfume daripada US ( harga lebih rendah daripada pasaran) boleh dapatkannya di www.perfumeberry.com.my . Confirm ORIGINAL! 



2 comments:

Anonymous said...

Betul skrg ni ramai yg menipu. saya pernah kena dgn satu insta shop ni diorang claimed as "original from singapore". tapi bila sampai perfume tu bau bunga melur yang sangat kuat. bila kita complain dia kata kita fussy buyer siap suruh compare kan lagi dkt SASA. owner tu siap cakap kalau dia menipu follower dia tak kan sampai 120k. omg, berlagak sangat.

btw, perfume yang saya beli tu Jlo Still. Saya pernah pakai yg original punya so bila compare dgn insta shop tu jual sangat2 jauh baunya. yang saya beli dkt GM Klang lagi sama bau dgn original just tak long lasting je lah.

Saya tak kisah kalau perfume tu tak original pun tapi bagi saya biarlah jujur dengan customer.as you said if jual yg reject,gred AAA or inspired please inform to customer.jangan overclaimed.

Putri said...

Tq...very interesting entry..saya dan adik pernah beli dari perfumeberry.kami sgt puas hati..tq