Perfume yang kita beli ada yang lasting dan ada yang beberapa jam sahaja dah hilang baunya.Kalau kita beli perfume original, kita akan nampak pada setiap label tu samada ianya parfum, EDP, EDT, EDC. Harga dan kualiti itu berbeza bergantung kepada peratusan bahan minyak wangi dan brand itu sendiri.
1.Parfum
- Kadar Ketumpatan essensenya mencapai 20%-30%, dan asli tanpa campuran alkohol.
- PARFUM adalah pati minyak wangi yang paling kuat dan paling mahal.
- Tahan lebih lama sehingga 6-8 jam bergantung kepada jenis kulit.
- Jika anda mengenakan wangian ini, bukan sahaja tubuh akan berbau harum malah boleh dihidu dari jarak yang cukup jauh dan tahan lama.
- Jangan menyemburkan semburan parfum ke baju kerana teksturnya yang berminyak dapat meninggalkan kesan. Cukup dengan menyemburkan sedikit di nadi tangan dan belakang telinga.
contoh perfume parfum adalah : Terre d hermes parfum, YSL la nuit parfum
2. Eau de perfume
- Wangiannya cukup tahan lama hingga 4-6 jam.
- Kadar essencenya 15 - 20 %.
- Oleh sebab itu, aroma wanginya cukup kuat dan tahan lama.
- Ia lebih sesuai digunakan di malam hari, terutama untuk menghadiri acara formal.
contoh edp perfume : Jadore EDP, Bvlgari Man in black EDP, Ralph polo blue EDP, Acqua di gio profumo edp
3. Eau de Toilette
- Wangian ini satu tingkat di atas cologne.
- Kadar essence 5-15% sahaja.
- Jika ingin mencari kesegaran yang boleh bertahan lebih lama, jenis wangian ini merupakan pilihan yang paling ideal, kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam serta bertahan sehingga 3-4 jam, sesuai untuk apa sahaja acara
Contohnya: Versace Eros EDT. Leau d Issey pour homme edt, Burberry london, CK man edt
4. Eau de Cologne (EDC)
- Ini merupakan jenis wangian paling ringan.
- Ini kerana kadar kepekatan sekitar 5% campuran essence.
- Wangiannya cepat meruap .
- Namun, walaupun perfumenya ringan, cologne tetap banyak dipilih kerana terkenal memiliki aroma yang dapat menyegarkan tubuh hingga 2-3 jam.
- Ia digunakan sehabis mandi seperti body spray dan body splash.
Jadi pilih la perfume mengikut kesesuaian masing-masing.
Ada orang suka perfume yang fresh dan ringan , boleh la pilih jenis EDT atau cologne.
Kalau cari perfume yang bertahan berhari-hari boleh la pilih perfume jenis Parfum.
Ada orang suka pakai perfume bergantung pada mood dan keadaan.
Kalau nak jogging dan gym, cari la perfume yang fresh , edt.
Kalau nak meeting atau jumpa client, cari perfume yang lebih nampak maskulin.
Kalau nak pegi kenduri,pakai la perfume yang lebih ringan dan feminin gitu.
Kalau nak bersama suami, pakai perfume yang sexy .
Hope ia dapat membantu anda membezakan jenis-jenis perfume sebelum membuat pembelian
Nak cari perfume yang Authentic dan original jangan lupa ke website PERFUMEBERRY (CLICK) .Ok.Enjoy!